GERIK - Seramai 36 penumpang sebuah bas ekspres terselamat setelah kenderaan dinaiki secara tiba-tiba terbakar ketika kesemua mereka berhenti untuk makan di sebuah restoran berhampiran lampu isyarat Kilometer 4 Jalan Gerik-Kupang, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu disedari pemandu bas berkenaan berusia 51 tahun yang terlihat asap dari bahagian tayar hadapan sebelum api menyambar kenderaan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Zainal Abidin Abd Ghani berkata, usaha pemandu memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tidak berjaya apabila api mula merebak dengan cepat.

“Kita menerima panggilan pada jam 2.09 petang, sebaik tiba di lokasi, api mula merebak ke bahagian tengah, keadaan struktur bas serta bahan mudah terbakar yang terdapat dalam kenderaan itu menjadikan api mudah merebak.

“Bagaimanapun dengan kekuatan tujuh anggota, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bas dua tingkat itu membawa penumpang dari Besut, Terengganu dan dalam perjalanan ke Lumut.

Ketika kejadian berlaku katanya, semua penumpang telahpun berada di luar bas dan berada dalam keadan selamat.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan berlaku, hanya barang peribadi seperti beg milik penumpang tidak berjaya diselamatkan,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.01 petang.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan sebuah bas, namun laporan berhubung kejadian itu masih belum diterima daripada pengadu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGI - Sebuah kereta terbakar dalam kejadian berhampiran Tol Bangi di sini, semalam.
  • SEREMBAN - Sejumlah 111 peniaga yang terjejas ekoran kebakaran di Pasar Besar Seremban 9 Sept lepas menerima bantuan wang tunai RM1,000 setiap seorang yang disampaikan Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon.
  • SHAH ALAM - Bas Smart Selangor bukan sekadar menyediakan perkhidmatan percuma malah ia juga bertujuan membudayakan masyarakat menggunakan kenderaan awam dalam usaha merealisasikan Selangor sebagai Smart State.
  • SEREMBAN - Replika dinosaur jenis pemakan sayur atau 'Brachiosaurus' setinggi 12 meter yang dipamerkan di laluan masuk Sentral Bazar Nilai 3, Nilai, terbakar petang tadi.
  • SEREMBAN - Seramai 16 pemilik motosikal yang terbakar ketika diletakkan di tingkat tiga parkir bangunan Terminal One 27 Mei lalu menuntut keadilan dan ganti rugi sewajarnya diberikan kepada mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.