TAIPING - Seorang anggota tentera berusia 20 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Aeon Taiping, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa, Muhamad Nur Arif Abdullah berasal dari Tanjung Keling, Melaka maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Kamunting menghala ke Taiping.

Menurutnya, sampai di lokasi kejadian mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Preve dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu kereta berkenaan juga turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat rempuhan terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, akibat rempuhan itu, mangsa turut tercampak sejauh 35 meter dan berada berhampiran pembahagi jalan.

"Lokasi kejadian adalah jalan simpang tiga berlampu isyarat dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Malah kita turut mendapat bantuan anggota MPV Taiping bagi mengawal lalulintas kerana kedua-dua kenderaan menghalang aliran trafik.

"Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - "Dah sebulan pakcik rasa tak sedap hati. Tapi tak sangka pula ia petanda anak akan dijemput ALLAH," Luah warga emas, Ngah @ Choh Mohamad, 74, bapa kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi, Md Sendee @ Zalani, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.
  • RANTAU PANJANG - Seorang bapa empat anak di Kampung Pusu 40, di sini, tidak dapat menjana pendapatan tetap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  • JOHOR BAHRU - Kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM15.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.
  • SHAH ALAM - Seorang pemandu kereta nyaris maut selepas kenderaan yang dipandu terjatuh dari jejambat ke laluan kereta api berdekatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 19, di sini hari ini.
  • SABAK BERNAM - Gara-gara melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melompat pembahagi jalan, seorang lelaki yang memandu sebuah kereta nyaris maut apabila kenderaannya merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kilometer 53, Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Sungai Haji Dorani, di sini, malam tadi.