IPOH - Amanah Perak menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Ketua Penerangan Pas negeri, Wan Ahmad Tarmizi Abd Aziz, petang tadi.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak bergiat aktif dalam Pas khususnya di kawasan Tambun.

Menurutnya, meskipun sering berbeza pandangan, beliau menghormati Allahyarham sebagai tokoh agama yang  aktif menyampaikan ceramah kepada masyarakat.

“Saya mewakili Amanah Perak melahirkan rasa hiba di atas pemergian ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Allahyarham Wan Ahmad Tarmizi, 53,  meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sekitar jam 4 petang tadi.