IPOH – Kerajaan negeri tidak menafikan pewartaan mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies memberi kesan kepada kedatangan pelancong khususnya di  Kuala Sepetang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pihaknya tidak mempunyai angka tepat kemerosotan jumlah pelancong ke kawasan itu bagaimanapun berlaku penurunan mendadak.

Menurutnya, walaupun diwartakan selama dua tahun, pengumuman dari semasa ke semasa tentang situasi terkini dapat mengurangkan kebimbangan pengunjung ke Kuala Sepetang.

“Operator atau penggiat aktiviti pelancongan diminta bersabar bersabar pada masa sama, memaklumkan tentang penyakit itu kerana kawasan itu sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya selepas merasmikan MITM Travel Fair 201, di Ipoh Parade, semalam.

Dalam perkembangan lain, Nolee Ashilin optimis Perak akan mencapai 8 juta kehadiran pelancong domestik  sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Tambahnya, beliau berharap agen pelancongan dan pemain industri bergabung untuk mempromosikan negeri Perak selain menawarkan pakej pelancongan ke luar negara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDARAYA MELAKA - Melaka mencatatkan ketibaan pelancong melebihi 130.28 juta dalam tempoh antara 1999 dan 2016, dengan pelancong domestik menjadi kumpulan teramai yang mengunjungi negeri ini.
  • JASIN - Tapak Ekskavasi Arkeologi Kampung Chohong berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.
  • JOHOR BAHRU - Seramai 20 anggota Kelab Media Johor (KMJ) bersama-sama beberapa wakil Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan kerajaan negeri memulakan misi galakan pelancongan ke Krabi, Thailand mulai malam ini sehingga 4 Ogos depan.
  • TELOK AIR TAWAR - Ketiadaan lampu di sekitar Pantai Robina, di sini menenggelamkan pemandangan indah di sekitar kawasan pelancongan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.