BERCHAM - [DIKEMASKINI] Kehilangan Ahmad Aqil Akbar Zaid, 10, di Bandar Baru Putra, di sini, terjawab apabila dia ditemui oleh seorang wanita di Kuala Kangsar.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Zaid Mohamed Hashim, 38, apabila menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 petang dari wanita yang tidak dikenalinya.

Menurutnya, wanita tersebut turut menghantar gambar anaknya menerusi WhatsApp.

Ahmad Aqil ditemui dengan pakaian baju biru dijumpai seorang wanita di Kuala Kangsar.

"Saya menangis apabila melihat gambar anak yang berjaya ditemui selamat. Namun, pakaian sahaja yang lain. Dia memakai baju biru sedangkan pagi tadi dia pakai baju putih.

"Terima kasih kepada semua yang banyak membantu tularkan kisah anak saya ini sehingga dia berjaya ditemui. Walaupun jauh, kami bersyukur dia selamat," katanya.

Ahmad Aqil Akbar disedari hilang apabila basikalnya ditemui kira-kira 300 meter dari rumah mereka ketika ibunya, Ainun Zaharah Ismail, 36, pulang menghantar motosikal ke sebuah bengkel.

[ Artikel berkaitan: Ibu rayu cari anak hilang ]