IPOH - “Kita nak tanya mereka (pembangkang), adakah kerajaan ini zalim?” soal Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, menjawab pelbagai persepsi negatif daripada pembangkang terhadap kerajaan hari ini.

Menurutnya, rakyat diharap tidak lagi mudah terpengaruh dengan persepsi berkenaan kerana kerajaan melaksanakan pelbagai langkah terutamanya kesiapsiagaan menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) kelak.

Malah katanya, pelbagai  transformasi juga telah dibuat dalam pelbagai bidang seperti bidang pendidikan dan sebagainya ke arah TN50.

“Kesiapsiagaan kita, persiapan kita menuju ke 2050 akan dirasai dengan transformasi yang dibuat macam transformasi pendidikan agar kemahiran itu jadi keutamaan 2U2I, dua tahun di universiti, dua tahun di industri.

“Perniagaan pula perniagaan lebih kepada online. Kita tak perlukan premis, mungkin pada 2050 rakyat dah tak ke pasar, barang-barang sampai ke rumah. Jadi, rakyat kena alert perkara ini, kalau tak kita khuatir pada 2050 kita ketinggalan jauh,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Pesta Cahaya Deepavali 1Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang juga Pengerusi Ipoh City WAtch dan Kohijau, Prof. Madya Dr. Richard Ng.

Samsudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempena Jelajah Peduli Rakyat di Ulu Chemor, kelmarin.

Sementara itu, Samsudin berharap agar rakyat tidak terus dihantui persepsi negatif sedemikian kerana sejak merdeka sehingga hari ini kerajaan sedia ada memang konsisten.

“Bagi kita apa yang penting nak tentukan negara ini, tak mahu lagi rakyat dihantui persepsi ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PITAS - Projek akuakultur ternakan udang bernilai RM900 juta termasuk pembinaan kilang pemprosesan di Kampung Taka, dekat sini dijangka mampu menjana 3,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunlight Inno Seafood Sdn Bhd Datuk Seri Wong King Ti.
  • SANDAKAN - Senario semasa bagi pencari kerja adalah mereka tidak semestinya mendapat pekerjaan dalam bidang diminati, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
  • KUALA PILAH - Walaupun mereka tergolong dalam kategori cacat fizikal, itu tidak menghalang golongan terbabit untuk bekerja seperti individu normal menerusi program-program yang disediakan kerajaan dan agensi berkaitan.
  • KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan menimbang permohonan mewujudkan Pusat Perniagaan Al-Khatiri di Bandar Baru Kubang Kerian selepas terbinanya Hotel Al-Khatiri untuk pembangunan ekonomi di negeri ini.