KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 lori simen dikenal pasti membawa lebihan muatan dalam operasi bersepadu yang dijalankan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), di sekitar ibu kota, semalam.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 19 lori simen ditahan di enam lokasi berasingan diperiksa di Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak.

Enam lokasi itu meliputi kawasan Jalan Klang Lama (Danau Desa dan PPR Anggerik); Jalan Bukit Kerinchi; Jalan Sentul Raya; Lorong Ampang Kiri dan Lebuhraya Besraya.

Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad berkata, operasi berkenaan adalah pertama kali dilaksanakan secara bersepadu, membabitkan pemeriksaan ke atas lori-lori simen yang dikatakan menjadi punca kepada halangan jalan disebabkan sisa simen yang tertumpah.

Menurutnya, operasi itu juga membabitkan Jabatan Perancang dan Rekabentuk Bandar DBKL, memastikan lori-lori simen itu mengikut syarat permit laluan yang ditetapkan DBKL terhadap syarikat dan operator berkenaan.

“Operasi ini bertujuan menangani masalah tumpahan simen di atas jalan dan menyebabkan kekotoran pada jalan raya, seterusnya menyebabkan halangan yang boleh membahayakan pengguna terutamanya penunggang motosikal yang berisiko ditimpa kemalangan.

“Sebelum ini kita lebih tertumpu kepada lori-lori yang membawa muatan tanah, namun ia masih diteruskan begitu juga dengan pemantauan ke atas lori-lori simen ini, Kita akan buat buat dari masa ke semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sebanyak 19 notis angkut bahan, dan empat notis kesalahan di bawah kaedah lalu lintas dikeluarkan DBKL, manakala tujuh notis di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikeluarkan JPJ dan SPAD.

Katanya, tindakan terhadap kesalahan melanggar syarat permit laluan termaktub di bawah Akta Undang-undang Kecil Angkut Bahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM2,000.

“Mana-mana lori simen yang dikenal pasti melanggar syarat permit laluan yang diluluskan, kompaun akan dikenakan, dan DBKL juga akan memotong deposit syarikat projek berkaitan.

“Justeru mana-mana syarikat dan operator dinasihatkan agar mengambil dan mematuhi permit laluan angkut bahan dan membawa muatan seperti mana ditetapkan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops Terminal yang dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak 18 Jun lepas sehingga semalam.
  • ALOR SETAR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara berjaya menahan 24 ulat tiket dalam beberapa siri serbuan sejak awal Januari hingga Jun pada tahun ini.
  • SHAH ALAM - Lima individu termasuk warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti ulat tiket dicekup dalam satu operasi yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Sebanyak 20 syarikat pengusaha bas bermasalah telah dikenal pasti sekali gus akan dipanggil Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) untuk diberi amaran.
  • MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merekodkan sebanyak 1,320 kes pelanggaran undang-undang melibatkan bas, teksi dan lori bagi wilayah selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dalam tempoh Januari tahun ini hingga semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.