IPOH - Pihak polis menahan 11 individu kerana  dipercayai terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan di sini Ahad lalu sehingga menjadi tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tangkapan pertama semalam melibatkan tiga lelaki berusia antara 16 hingga 23 tahun dan seorang seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

"Siasatan mendapati kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka direman mulai semalam sehingga esok," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh lagi individu terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan berumur antara 17 hingga hingga 34 tahun ditahan hari ini.

"Semua tangkapan tidak mempunyai rekod jenayah dan direman sehingga Isnin depan kecuali perempuan berkenaan yang dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengandung," katanya.

 Ahad lalu, Chang Keong berkata video yang menjadi tular itu berlaku di Ipoh Garden di sini dan menafikan ia pergaduhan antara kaum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.