TEMERLOH - Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi hadir ke majlis perjumpaan khas dan jamuan hari raya di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang hari ini.

Beliau yang juga calon Presiden Umno tiba kira-kira jam 11.30 pagi dalam majlis yang diadakan secara tertutup.

Hadir sama ialah dua calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu, empat daripada tujuh calon Naib Presiden parti juga hadir termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut kelihatan calon Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Selain perjumpaan khas tersebut turut diadakan majlis sambutan Aidilfitri bersama  ahli-ahli yang juga disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi, barisan kepimpinan dan sayap parti serta ahli Umno Pahang.