MUADZAM SHAH – Situasi dalam negara kini berdasarkan paparan media perdana atau ada yang boleh dilihat sendiri membayangkan bahawa Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah semakin hampir.

Atas beberapa faktor Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad, menjangkakan PRU14 bakal diadakan dalam masa terdekat apabila munculnya para ‘pelakon’ yang terdiri daripada pelbagai watak.

Menurutnya, watak-watak itu memainkan pelbagai peranan untuk menarik perhatian ‘penonton’ dan bermain dengan emosi mereka melalui adegan dipaparkan namun skripnya hampir sama.

“Kenapa saya kaitkan kemunculan pelakon-pelakon ini dengan hampirnya pilihanraya? Ia kerana kebiasaan bajet yang dikeluarkan penerbit tidak terlalu besar memandangkan banyak lagi kewangan yang diperlukan untuk aktiviti promosi, iklan dan sebagainya.

“Penonton bakal dihidangkan dengan pelbagai jalan cerita, adakalanya adegan aksi, sedih, marah, benci, dendam dan diselit dengan kasih sayang serta simpati. Apa pun, skripnya hampir sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Pahang itu berkata, ada juga pelakon yang memegang watak jahat lalu didakwa dengan pelbagai salah laku dan ada yang memegang watak hero atau heroin yang berjaya menyelesaikan pelbagai masalah.

“Jika tempohnya masih lama, maka penerbit terpaksa menambah bilangan pelakon dan memanjangkan jalan cerita. Ia akan meningkatkan kos sedangkan sambutan penonton saban hari semakin hambar,” jelasnya bagi mengaitkan dengan PRU14.

Justeru itu, beliau menasihati para penonton agar tidak terlalu emosional dan terpedaya kerana ia hanyalah sebuah lakonan tertentu yang tidak lain adalah menuju PRU14.

“Jangan terlalu mudah terpesona dengan ketampanan ‘hero’ dan kejelitaan ‘heroin’ di layar perak atau di skrin TV. Berfikirlah dengan waras demi kepentingan agama dan masa depan anda semua,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Pengerusi Wanita BN Sabah, Datuk Armani Mahiruddin telah mengemukakan senarai 20 calon terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
  • KOTA BHARU - PKR Kelantan masih memberi tempoh kepada 75 lantikan politik daripada parti itu menyelesaikan tugaKOTA BHARU - PKR Kelantan masih memberi tempoh kepada 75 lantikan politik daripada parti itu menyelesaikan tugas di setiap jabatan, sebelum menghantar surat peletakan jawatan.s di setiap jabatan, sebelum menghantar surat peletakan jawatan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.