RAUB - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 353 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, berdekatan lampu isyarat Simpang Kallang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika pada kira-kira jam dua petang itu, Wong Soo Ha, 65, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dari arah Lipis menghala ke Raub.

"Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa gagal mengawal motosikalnya dan melanggar treler yang berada di hadapan.

"Semasa kejadian mangsa memakai topi keledar namun hentaman kuat menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, pemandu treler, M Murugan, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler terbabit positif dadah jenis morphine dan dia kini ditahan serta diserahkan kepada Cawangan Narkotik IPD Raub untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEGAMAT - Seorang isteri di Kampung Lembah Bakti, di sini, hilang tempat bergantung dan terpaksa membesarkan dua anaknya sendirian selepas suaminya terlibat kemalangan maut di Pekan Tenang Stesen, di sini, 11 September lalu.
  • SUNGAI PETANI - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan memperluaskan lagi program meningkatkan kesedaran kepada sekolah-sekolah berhampiran laluan utama dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan.
  • KUALA NERUS - Seorang lelaki warga emas antara dua yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan di laluan utama Sungai Tong - Kuala Terengganu berdekatan Felda Belara, di sini, hari ini.
  • SUNGAI PETANI - Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani - Kuala Ketil, hari ini.
  • KOTA BHARU - “Saya sentiasa berdoa dan terus berdoa serta buat solat hajat untuk Angah, rindu benar kami untuk lihat dia sembuh, senyum dan mendengar suaranya mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran,” luah ibu pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Muhammad Hafiz Faizuddin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.