KUANTAN - Ramadan kali ini lebih bermakna buat warga emas, Saodah Ali, 75, apabila bantuan membaiki rumah yang dimohon setahun lalu kini diluluskan kerajaan negeri.

Permohonan itu dibuat pada lawatan Program Kembara Sahur bersamaTengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah ke Beserah, tahun lalu.

Saodah yang tinggal bersendirian itu berkata, rumah yang diduduki lebih 40 tahun lalu itu mengalami banyak kerosakan terutama bahagian bumbung yang bocor.

“Bumbung yang bocor di dapur dan bilik, tapi makcik tak ada duit nak baiki, jadi apabila ada pihak yang prihatin sudi membantu, makcik gembira dan bersyukur.

“Tambahan pula nanti nak sambut hari raya, jadi dengan bantuan RM3,000 ini, boleh digunakan untuk membaiki kerosakan rumah,” katanya ketika ditemui di Kampung Beserah Pantai, semalam.

Hadir menyampaikan cek, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Pengerusi Biro Kesihatan, Kebajikan dan NGO Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Dr Johan Mat Sah.

Saodah berkata, keenam-enam anaknya tinggal di rumah masing-masing dan melawatnya sekali sekala.

Sementara itu, Dr Johan berkata, bantuan membaiki rumah daripada kerajaan negeri itu diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagi membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, pihaknya cuba mengenal pasti penduduk yang layak menerima bantuan membaiki rumah tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PARIT BUNTAR - Seramai lima warga emas uzur dari Parlimen Parit Buntar teruja menerima sumbangan kerusi roda dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan daerah Kerian melalui program ziarah kasih ke rumah mereka, hari ini.
  • GUA MUSANG - SEORANG warga emas ditemui lemas di Sungai Galas, dipercayai terjatuh ketika mencari buluh di seberang sungai.
  • BIDOR - Seorang warga emas berusia 72 ditemui semula selepas dilaporkan hilang hampir 12 jam.
  • GEORGETOWN - Saksi awam yang ternampak nombor plat motosikal ditunggang lelaki yang menendang seorang warga emas di Persiaran Gurney kelmarin, diminta tampil membantu siasatan.
  • JITRA - Seorang lelaki warga emas melecur semasa cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Batas, Changlun, Bukit kayu Hitam, petang tadi.