KUANTAN – Hampir tiga bulan, seorang lelaki terpaksa membahagikan masa antara kerja dengan menjaga isterinya, Sarina Kadir, 46, yang lumpuh sebelah kiri badannya akibat diserang angin ahmar.

Mohd Nordin Ahmad, 49, berkata, dia  sanggup berkorban masa dan  tenaga demi  isterinya yang kini hanya terlantar.

Menurutnya, sejak Sarina diserang angin ahmar tiga bulan lalu, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolej berhampiran, sentiasa berulang-alik.

“Selepas habis waktu kerja saya akan terus pulang ke rumah. Tak ada masa untuk ke tempat lain atau kerja lebih masa, fikiran saya hanya untuk melihat keadaan isteri  yang  ditinggalkan bersama anak sulung yang OKU, Hamdan, 28.

“Ketika saya keluar bekerja, Hamdan bantu saya jaga Sarina setakat dia mampu, manakala selebihnya diuruskan sebelum atau selepas waktu saya kerja.

“Seorang lagi anak saya, Nurul Shakirah, 25, yang sudah berumah tangga dan tinggal berhampiran akan datang ke rumah sedia makanan untuk seorang lagi adiknya yang masih bersekolah,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Lorong Berjaya Permai 22, Sungai Soi, di sini semalam.

Katanya, sebelum sakit,  Sarina membantunya saya mencari pendapatan lebih dengan buka gerai air di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Soi.

“Dalam keadaan seperti ini, kami sekeluarga masih sukar untuk menyesuaikan keadaan dan cari peluang tambah pendapatan kerana saya perlu utamakan Sarina,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi memudahkan penjagaan dan pergerakan Sarina, bantuan seperti katil atau kerusi roda amat diperlukan.

Bantuan boleh disalurkan menerusi akaun CIMB 06050041800526 (Mohd Nordin Ahmad) atau hubungi talian 011-37499463.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR MAS - Pasangan suami isteri yang tidak bekerja kerana menderita penyakit jantung dan angin ahmar meminta bantuan pihak berkenaan bagi menampung keperluan keluarganya di Kampung Keranji, Kangkong di sini.
  • KUANTAN - Bapa kepada lima anak redha dengan ketentuan ALLAH, apabila diduga dengan ujian tiada keupayaan untuk bergerak selepas seminggu pulang dari mengerjakan umrah, setahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - “Kami rindu bubur lambuk dan ayam gulai yang mak masak.. dua tahun dah mak sakit tak boleh bangun.. dua tahun juga kami tak dapat rasa masakan mak.”
  • JOHOR BAHRU - Tujuh tahun derita angin ahmar, bekas pengawal keselamatan, Mat Miskam Kompul, 58, hanya tinggal tulang terbaring lemah di tilam usang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.