BANDAR BERA - Majlis Belia Daerah (MBD) menggerakkan semua ahlinya dan belia di daerah ini supaya berkecimpung dalam industri pertanian, bukan sahaja dijadikan sebagai sumber pendapatan, malah menceriakan landskap persekitaran.

Pengerusinya, Mohd Rosidi Hassan berkata, peluang disediakan kerajaan kepada pengusaha dalam bidang pertanian dan penternakan sentiasa terbuka malah sebahagian besar daripada golongan belia sudah berada pada landasan ini.

Menurutnya, bagaimanapun masih ada segelintir belia masih belum mahu mencuba bidang itu.

“Buat permulaan, mereka tidak perlu mengeluarkan modal besar sebaliknya cukup sekadar ditanam di laman rumah atau dalam pasu serta beg poli, dan hasilnya boleh dinikmati sendiri. Sekurang-kurangnya, produk dimakan itu dijamin bersih dan halal.

“Malah, tidak perlu juga melakukan secara berkelompok jika kita masih kurang ilmu berkaitan itu kerana dikhuatiri merugikan diri sendiri.

"Jadi, kalau tanam di laman rumah, elok juga dapat menceriakan kawasan persekitaran,” katanya.

Mohd Rosidi berkata, sempena Tahun Melawat Pahang tahun ini, meskipun di daerah ini kurang daya tarikan, namun setidak-tidaknya pembangunan dalam industri pertanian termasuk kebersihan dan keceriaan persekitaran mampu menarik kehadiran orang luar ke situ.

Katanya, ini juga termasuk pengusaha berjaya mengeluarkan produk makanan berasaskan pertanian, yang semakin mendapat tempat di kalangan pelanggan luar daerah.

“Kalau kita tidak mampu menarik pelancong kerana kita kekurangan lokasi pelancongan yang menarik, sekurang-kurangnya kita dapat menarik mereka ke sini untuk melihat perkembangan industri pertanian dan penternakan diusahakan di sini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Rosidi memberitahu, MBD merancang pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tahun ini yang turut membabitkan jabatan dan agensi kerajaan serta NGO lain.

Katanya, walaupun wujud persaingan antara NGO lain yang dianggotai golongan belia, namun MBD sentiasa berusaha mencari idea segar untuk dimanfaatkan semua ahli pada masa akan datang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mutiara Perdana Sungai Karang Darat dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan kempen kesedaran alam sekitar dengan menganjurkan aktiviti satu rumah satu kebun yang pertama di negeri ini.
  • PALONG - Taman Rekreasi Jeram Panjang yang kini dikenali sebagai Taman Rekreasi D’ Amaya dalam proses dimajukan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk Jeram Panjang, amnya gugusan Felda Palong.
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Ladang Sawitria (Kel) Sdn Bhd menyasarkan melatih 500 pelatih anak muda bagi menceburkan diri dalam bidang pertanian penanaman pokok cili merah di Kuala Krai, Kelantan.
  • TANJONG KARANG - Berbudi pada tanah pasti dapat manfaat lumayan! Begitulah pendekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 9, Jalan Bomba, di sini apabila menggunakan tanah yang ada untuk Projek Urban Farming.
  • TAPAH - Jabatan Pertanian daerah Batang Padang dan Mualim meminta petani dan peladang di daerah ini mengaplikasikan Amalan Ladang Pertanian Baik (myGAP) supaya hasil pertanian mereka lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.