KUANTAN  – Maritim Wilayah Timur memberi bantuan Medevac membawa seorang mangsa lemas di Pulau Tioman untuk dihantar menerima rawatan ke Hospital Rompin, malam kelmarin.

Pusat Operasi Maritim Malaysia Wilayah Timur (WILTIM) menerima panggilan pada kira-kira jam 7.52 malam, sebelum bot bantuan dihantar untuk membawa kanak-kanak berusia setahun itu.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Mamu  Said Alee berkata, pihaknya mendapat maklumat seorang kanak-kanak lemas dan dirawat di Klinik Kesihatan Pulau Tioman dan perlu dibawa untuk rawatan lanjut ke hospital.

Menurutnya, Maritim  Wilayah Timur menugaskan Bot Penggalang 14 membawa mangsa dari Pulau Tioman ke Tanjung Gemok untuk mendapatkan rawatan di Hospital Rompin.

“Bot Penggalang 14 tiba di jeti Pos Hadapan Maritim Tanjung Gemok, kira-kira jam 11 malam dan mangsa dikejarkan ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut.

“Mangsa, S Raajihesh berasal dari Selangor lemas ketika mandi bersama keluarganya di pantai Kampung Air Batang, Pulau Tioman.

“Mangsa diselamatkan oleh ibunya dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Tioman untuk menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, aset-aset Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan tidak mengira waktu sekiranya berlaku kes kecemasan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau keselamatan anak–anak ketika beriadah di kawasan pantai bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999 sekiranya berlaku kes-kes kecemasan di laut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BENTONG - Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan empat pelajar sebuah universiti awam daripada lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Hammer Batu 7 di sini, semalam.
  • BENTONG - Usaha mencari seorang pelajar IPT yang dipercayai lemas di Air Terjun Lata Hammer, hari ini, tidak berhasil.
  • GUA MUSANG - Seorang pelajar Tahun Enam maut di Sungai Galas, selepas lemas ketika mandi bersama lima rakannya di sungai belakang Masjid Razaleigh, di sini, petang tadi
  • KUALA LUMPUR - JENAZAH Silawati Zailan, yang lemas dihanyutkan arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini, semalam, selamat dikebumikan.
  • KUALA LUMPUR - Hasrat seorang adik untuk menyerahkan pakaian terpakai kepada kakaknya tidak kesampaian apabila dia hanya mampu menatap jenazah kakaknya hari ini.