KUANTAN - Sebuah Hospital baharu bakal dibina di seberang Tanjung Lumpur dan dijangka bermula tahun ini.

Projek pembinaan hospital baharu itu dilaksanakan bagi mengatasi kepadatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam sudah memaklumkan mengenai pembinaan hospital itu, selepas beberapa isu berkaitan diketengahkan pada sidang Dewan Parlimen tempoh hari.

Menurutnya, bagaimanapun tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan mengenai perkara itu dan  ia terus menjadi tanda tanya kepada rakyat di negeri ini.

“Untuk kepastian saya telah hantar memo bertulisan tangan dan diberikan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Helmi Yahaya hari ini (semalam).

“Memo itu saya serahkan kepada Helmi kerana menteri kesihatan tiada, jadi saya harap perkara berkenaan (pembinaan hospital) dapat diputuskan segera. Saya nak tahu bila bangunan itu akan bina sebab kerajaan dah janji.

“Saya harap hospital itu dapat dibina segera kerana ia sekali gus dapat menyelesaikan kepadatan di HTAA,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya mengenai lokasi tepat pembinaan hospital baharu itu, Fauzi berkata, beliau hanya dimaklumkan ia terletak di sebarang Tanjung Lumpur.

“Itu saja yang beliau (Subramaniam) maklumkan...terperinci mengenai cadangan terbabit saya tak tahu. Jadi saya bagi memo bagi ingatkan beliau semula mengenai perkara terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Fauzi membawa usul mengenai  rungutan dan aduan masyarakat berhubung masalah di HTAA.

Selain berdepan masalah kekurangan tempat letak kenderaan, hospital itu juga turut mengalami kekurangan bekalan ubatan, dan kadang kala wad penuh disebabkan ramai pesakit.

Katanya, masalah ini bukan perkara baru namun sudah lama berlaku tetapi tiada penyelesaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

“Saya yakin sekiranya ada hospital baharu itu nanti dapat mengurangkan masalah yang alami rakyat di negeri ini setiap kali mendapatkan rawatan di hospital terbabit.

“Kebiasaan individu yang mendapatkan rawatan di HTAA merupakan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARAN - Projek pembinaan Hospital Maran dan Dewan Pekan Tajau, Simpang Jengka perlu disegerakan kerana ia merupakan dua projek yang sememangnya diperlukan penduduk Maran.
  • PARIT BUNTAR - Kerajaan Pusat sentiasa komited memenuhi janji pembinaan sebuah hospital menempatkan 200 katil di daerah Kerian sebagaimana dikemukakan pada dua PRU lalu.
  • KOTA BHARU - Skop pelaksanaan konsep hospital mesra ibadah di negara ini tidak hanya tertumpu pada orang Islam semata-mata, bahkan ia turut membabitkan keselesaan agama lain.
  • REMBAU - Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap sebanyak 68 peratus sehingga kini.
  • KUALA TERENGGANU - Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atau juga dikenali Kompleks Materniti menjadi tumpuan ibu hamil untuk melahirkan anak kerana menyediakan perkhidmatan setaraf hospital swasta dengan bayaran pendaftaran kemasukan hanya RM1.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.