TEMERLOH - Tidak ada sebarang pengurangan diskaun kesalahan parkir lagi selepas ini sebaliknya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan mula mengheret pesalah ini ke mahkamah.

Yang Dipertua MPT Azlan Md Yaman berkata, tindakan membawa pesalah parkir ke mahkamah itu dilakukan selepas tawaran kompaun sekeping kompaun hanya RM5 selama satu setengah bulan tidak mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan tindakan tersebut dilaksanakan secepat mungkin dalam mesyuarat yang diadakan pada minggu lalu.

“Kita telah mengadakan tawaran diskaun kesalahan kompaun letak kereta dari 1 Ogos lalu hingga 15 September tetapi tidak mendapat sambutan menggalakkan.

“Jadi langkah seterusnya kita akan mengambil tindakan mahkamah yang mana individu yang dikenakan tindakan perlu membayar penuh kompaun berbanding diskaun RM5 bagi setiap kompaun bernilai maksimum RM50 yang kita tawarkan sebelum ini,” katanya.

Azlan berkata, pada masa ini MPT sedang giat melaksanakan pelbagai proses termasuk menyediakan dokumen dan menyenaraikan individu mempunyai saman tertunggak yang tinggi untuk dibawa ke mahkamah.

Katanya, sejurus semua dokumen siap pihaknya akan terus membawa kes itu ke mahkamah bagi memberikan pengajaran kepada individu yang masih ingkar membayar saman.

“Mungkin selama ini individu berkenaan tidak memandang serius kompaun dikenakan MPT, jadi dengan membawa kes ke mahkamah mereka perlu bayar berdasarkan arahan mahkamah. Jika ingkar boleh dipenjarakan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya  patuhi setiap peraturan ditetapkan,  bayar bayaran letak kereta dan kompaun dikenakan,” katanya.

Jelasnya, kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta yang dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan baru-baru ini kurang mendapat sambutan.

Tambahnya, pihaknya hanya berjaya mengutip RM23,000 dalam tempoh sebulan setengah berbanding RM30,000 yang berjaya dikutip pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) baru-baru ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menurunkan 1,004 poster dan gegantung ah long.
  • KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran kempen pengurangan kompaun letak kereta sempena Hari Malaysia melibatkan kesalahan Kompaun Letak Kereta dan Kompaun Halangan dan Lalulintas (RM15) dan Kompaun Trafik Kenderaan Berat (RM200) bermula 16 September hingga 15 Oktober 2017.
  • JELI - Sebanyak 32 notis kompaun dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sempena Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih di sini.
  • TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memandang serius dan mengenakan tindakan kompaun kepada 20 kaki pancing yang melakukan kesalahan tersebut di kawasan Taman Tasik Taiping.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.