BANDAR JENGKA - Sebanyak RM30,000 diskaun khas diperuntukkan kepada warga Felda, generasi kedua serta penjawat awam yang membeli rumah di Mutiara Residence Jengka, Bandar Pusat Jengka.

Adun Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, potongan harga ini adalah sebagai insentif khas bagi mengenang jasa warga Felda dan kakitangan yang pernah berkhidmat.

Menurutnya, Mutiara Residence Jengka adalah projek usahasama di antara Felda, selaku pemilik tanah dengan Pembangunan RMM Harta Sdn Bhd sebagai pemaju manakala Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sebagai Perundingan Pengurusan Projek.

"Tanah projek seluas 40.198 ekar ini merupakan bekas kawasan perindustrian yang akhirnya diumumkan untuk projek perumahan bandar dengan kemudahan serba moden buat generasi pendapatan kelas menengah.

"Perjanjian usahasama ini telah ditandatangani pada 26 Jun 2016 dengan kelulusan Majlis Daerah Maran pada November 2016. Komponen pembangunan Mutiara Residence mengandungi 510 buah rumah teres dengan 342 daripadanya adalah dua tingkat, manakala 168 unit tiga tingkat serta 26 unit kedai pejabat dua tingkat.

"Unit tersebut diju bermula pada harga RM320,000 hingga RM380,000. Harga yang ditawarkan sebenarnya lebih rendah sehingga 20 peratus berbanding pasaran terkini. Projek ini merupakan Taman Perumahan Bandar Pusat Jengka yang ke 14," katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah dan Perasmian Pejabat Jualan serta Pengurusan Mutiara Residence Jengka, semalam.

Hadir sama, wakil FIC, Datuk Megat Shahrul Azam; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Abdul Malik Abdul Rani dan Kontraktor RekaBina Jaya Sdn Bhd, Rahim Yusof.

Beliau selanjutnya berkata, pada 2007 Bandar Pusat Jengka mempunyai hanya 2,100 buah rumah di enam taman perumahan.

Kini, dengan adanya Mutiara Residence Jengka menjadikan 4,000 buah rumah dengan 14 taman perumahan kesemuanya.

Menurutnya, Bandar Pusat Jengka yang juga dikenali sebagai Bandar Tun Razak Jengka ini kini mempunyai 25,000 orang penduduk, justeru beliau optimis projek ini bakal menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi mereka sekali gus membuka peluang pekerjaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan RMM, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, rumah teres dua tingkat akan dibina dengan keluasan 1,456 kaki persegi yang mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air. Manakala bagi rumah tiga tingkat berkeluasan 2,358 kaki persegi mempunyai lima bilik dan empat bilik air.

"Nilai pembangunan kasar berjumlah RM170 jutadengan tempoh pembinaan keseluruhan projek adalah empat tahun. Fasa satu sebanyak 270 unit rumah teres dan 26 unit kedai akan dibina Manakala fasa dua sebanyak 240 unit.

"Konsep pembangunan projek ini merupakan yang paling berprestij di Wilayah Jengka dengan menawarkan kemudahan kawalan keselamatan 24 jam, kolam tenang, surau yang moden, tiga taman permainan serta lanskap menarik dengan jaringan jalan yang selesa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAMPUNG GAJAH - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Tapah maut manakala empat rakan mereka parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan - Teluk Intan berhampiran Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Pulau Tiga di sini, hari ini.
  • LABUAN - Selepas tujuh hari mengadakan operasi mencari seorang pelajar SMK Mutiara tanpa memperoleh sebarang petunjuk baharu, pasukan penyelamat memutuskan untuk menangguhkan operasi itu hari ini namun akan terus memantau keadaan, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.