KUANTAN - Sebuah tangki air di Sekolah Menengah Agama Chenor, dekat sini, pecah kira-kira jam 6.15 pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun limpahan air mengakibatkan tiga buah kenderaan musnah dalam kejadian tersebut.

Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada melawat ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai tragedi tersebut.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku tapi bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

AKAN MENYUSUL.