• Shahiruddin menyampaikan sijil kepada rakan niaga strategik TNB di Dewan Mat Kilau
Wisma TNB. Shahiruddin menyampaikan sijil kepada rakan niaga strategik TNB di Dewan Mat Kilau Wisma TNB.
1 /

KUANTAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu semua 38 rakan niaga strategik dilantik dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Ir Sharuddin Mohd Simin berkata, prestasi syarikat itu bakal menentukan imej TNB yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan elektrik ke seluruh negara.

Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau kualiti perkhidmatan kontraktor terbabit bagi memastikan mereka dapat mengekalkan prestasi terbaik.

“Lebih 95 peratus kerja seperti menyediakan lampu awam, talian atas, kabel dan pencawang kini dilakukan rakan niaga strategik dengan diawasi kakitangan TNB.

“Kita tidak akan menyambung kontrak mana-mana syarikat yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Perjanjian menggunakan kaedah satu campur dua tahun akan dibatalkan jika syarikat terbabit gagal memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Shahiruddin turut mengingatkan rakan niaga strategik supaya mengambil langkah keselamatan kerana kecuaian mereka akan menyebabkan kontrak ditamatkan, selain dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, mereka turut menjadi mata dan telinga atau duta TNB bagi memantau seterusnya membanteras perbuatan jenayah yang mengundang pelbagai masalah kepada pengguna.

"Kerajaan berharap TNB dapat mengekalkan prestasi kerja tanpa mengira tempat,” katanya.