KUALA ROMPIN - Berkongsi minat yang sama, kira-kira 30 pemilik kereta Proton Wira dari Rompin dan Mersing, Johor berkumpul di Dataran Rompin untuk mengeratkan silaturahim.

Saling bertukar pandangan, mereka juga berkongsi kemahiran dan maklumat mengenai penjagaan serta pengubahsuaian bagi mencantikkan lagi kereta buatan Malaysia itu.

Pengerusi Gabungan Pemilik Wira Malaysia (GPWM) Kawasan Rompin, Mohd Fazli Mohd Tair, 36, berkata, setakat ini hanya 73 krew berdaftar bagi kawasan Kuala Rompin dan beliau menyasarkan lebih ramai lagi turut serta.

“Saya harap lebih ramai peminat terutama yang memiliki kereta Wira untuk menyertai kelab ini agar lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.

“Selain aktiviti suai kenal dan ramah mesra, kita juga jalankan aktiviti atau program amal untuk bantu pihak tertentu dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu di Dataran Rompin, kelmarin.

Mohd Fazli berkata, kereta Wira merupakan antara kenderaan berkualiti yang pernah dihasilkan dan kelab GPWM akan memastikan legasi itu kekal.

“Kita tak mahu kereta ini hilang ditelan zaman setelah kemunculan pelbagai jenis kereta baru, jadi gabungan pemilik ini berperanan memastikan Proton Wira terus ada di jalan raya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :