KUANTAN - Seorang warga emas tidak pernah mengeluh atau patah semangat untuk terus memelihara dua anak yang OKU masalah mental, sehingga ke hujung nyawanya.

Haniza Abdullah berkata, walaupun sudah berusia 74 tahun tetapi dia tetap mahu menguruskan dua anaknya iaitu  Mohd Hisyam Mohd Hanafi, 47, dan Norhazrin, 46, yang mengalami masalah mental lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, disebbakan itu dia sentiasa berdoa supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur supaya berkemampuan untuk menjaga sendiri anak kesayangannya itu.

“Kalau tak jaga mereka dengan baik.. mereka boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain, sebab itu saya kena jaga mereka dengan baik.

“Saya ini tak berapa sihat sebab alami masalah di bahagian lutut, pergerakan saya juga terbatas, tapi atas dasar bertanggungjawab dan kasih sayang saya padanya menbuatkan saya ingin terus menjaganya " katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Seri Damai di sini, semalam.

Sebelum itu, wanita warga emas itu menerima kunjungan ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan yang tampil menghulurkan bantuan kewangan.

Pengerusi PBPM Cawangan Kuantan, Selamat Suratman dan Setiausaha PBPM Cawangan Kuantan, Rafaie Ab Kadir.

Dia yang memeluk islam lebih 40 tahun mengakui, tidak pernah menyesal dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

Namun begitu, dia bersyukur kerana dikurniakan dugaan seperti ini.

“Saya sudah lama terima suratan takdir dan anggap ujian sebegini adalah untuk meninggikan darjat saya di mata ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan pencen arwah arwah suaminya yang juga bekas anggota polis, Mohd Hanafi Hussin berjumlah RM1,300 setiap bulan manakala Mohd Hisyam turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Rafaei berkata, pada kunjungan hari ini, pihaknya menyampaikan sedikit sumbangan duit dan barangan keperluan asas kepada keluarga berkenaan.

Beliau berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga.

“Sebelum ini kita juga pernah membantu mengumpul sumbangan bagi membiayai kos pembinaan rumah warga emas itu yang siap sepenuhnya pada April 2015," katanya.