TEMERLOH - Pakatan Harapan Pahang menggesa siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) aktiviti perlombongan emas haram di Hutan Simpan Lakum seperti didedahkan Sinar Harian, minggu lalu.

Aduan mengenai perkara itu dilaporkan kepada SPRM Cawangan Temerloh pada 9 Jun lalu, susulan laporan mengenai kejadian perlombongan emas haram itu.

Seramai enam wakil Adun dan pemimpin Pakatan Harapan Temerloh tampil melaporkan perkara itu kepada SPRM Cawangan Temerloh.

Sementara itu Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, Pakatan Harapan mengesyaki wujud salah guna kuasa sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan itu.

“Kami mendesak SPRM menyiasat kes ini tanpa campur tangan pihak politik lebih-lebih lagi ianya melibatkan Hutan Simpan dan tempat pelancongan,” katanya.

Perlombongan emas secara haram di Hutan Simpan Lakum seperti didedahkan Sinar Harian baru-baru ini bukanlah pertama kali dibangkitkan kepada umum.

Perkara itu pernah disuarakan Tengku Zulpuri Shah dalam Sidang Dun Pahang pada 17 Mei tahun lalu, menggesa supaya siasatan dijalankan.

Mengulas mengenainya, Tengku Zulpuri berkata, walaupun isu berkenaan didedahkan sejak tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG KARANG - Sikap Pakatan Harapan (Harapan) yang tidak mahu menerima kesalahan dalam isu tanah di Ijok dan terus menyalahkan BN hanya akan merugikan nasib peneroka.
  • SHAH ALAM - Kami tak paksa dan tak halau Pas keluar, mereka yang menarik diri kerana tidak mahu ‘bertahaluf siyasi’ dengan kita, demikian penjelasan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkenaan Pas yang telah memutuskan hubungan dengan PKR meskipun kedua-duanya masih bekerjasama di peringkat kerajaan negeri.
  • KEMAYAN - Pakatan Harapan (Harapan) Bera tidak dapat memberikan jawapan atau gambaran jelas siapa calon yang bakal bertanding bagi ketiga-tiga kerusi Dun di sini, berikutan ia masih dalam perbincangan.
  • KOTA BHARU - Hubungan Bersatu dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan kini hanya boleh dilihat seperti ‘tidur sebantal, mimpi lain-lain’ apabila semakin jelas tidak sehaluan sejak kebelakangan ini.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) Selangor disifatkan semakin mengarut apabila pertelagahan dalam rundingan kerusi di negeri itu dilihat semakin kusut melalui kenyataan-kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh pimpinan parti komponennya.