PEKAN - Seorang lelaki maut, manakala isterinya parah apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 54 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Paloh Hinai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Rusli Hamid, 52, beralamat di  Rumah Guru Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya, Fairus Liza Osman, 48, guru SMK Seri Pekan yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan pula patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

Manakala pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta yang juga pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Wan Muhammad Syafi Idham Wan Sulong, 18, beralamat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi Selangor dan rakannya, Darwisya Adilah Asri, 19, dari Negeri Sembilan turut cedera serta masih dirawat di Hospital Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa bersama isterinya dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Pekan.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa bertembung kenderaan dipandu Wan Mohamad Syafi Idham dari dari arah bertentangan yang terbabas memasuki laluan mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEPALA BATAS - Beberapa pemandu kenderaan mengalami kecederaan selepas lima buah kereta bertembung dengan sebuah kereta dipandu secara melawan arus di Kilometer 116 dan 123.4 menghala utara di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di Bertam di sini awal pagi ini.
  • LABIS - Hasrat seorang lelaki di Taman Karas, di sini, untuk membawa isterinya pergi bercuti ke Langkawi pada 8 Ogos ini tidak kesampaian apabila isterinya maut dalam nahas jalan raya pada 8 Julai lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.