KUANTAN - Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah van dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Lipis-Merapoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, pemandu Perodua Myvi, Ahmad Fazeli Muhammad, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Van yang dinaiki tujuh orang itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan dan ketika melalui laluan berselekoh di tempat kejadian, kenderaan ini dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

"Dalam masa sama, kenderaan yang dipandu Ahmad Fazeli yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan telah bertembung dengan van berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan kemalangan itu, Ahmad Fazeli meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van cedera parah di kaki.

Enam lagi penumpang yang merupakan warga Indonesia hanya cedera ringan.

Mayat Ahmad Fazeli dan kesemua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk bedah siasat serta mendapatkan rawatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOMBAK - Seorang remaja perempuan tercampak daripada motosikal sebelum dilanggar sebuah treler dalam kejadian di Jalan Batu Arang-Rawang, dekat sini, hari ini.
  • BATU PAHAT - Tujuh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, bersama empat orang kena tuduh (OKT) cedera setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan yang membabitkan dua kenderaan milik IPD berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.