MARAN - Lebih 100 keluarga saudara baharu Islam Orang Asli teruja menerima sumbangan daging korban daripada program Korban Perdana Parlimen Maran, semalam.

Wakil saudara baharu, Azlan Abd Ghani berkata, mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan wakil rakyat yang sudi menyempurnakan ibadah Korban tersebut bersama kelompok saudara baharu Islam dalam kalangan orang asli.

Menurutnya, program sebegini membuatkan mereka berasa disayangi dan tidak dipinggirkan saudara Islam walaupun tinggal jauh di pendalaman dan kampung terpencil  sekitar Daerah Maran.

"Saudara baharu Islam Orang Asli datangnya dari Kampung Batu 55, perkampungan Orang Asli Kampung Embos, Perkampunan Orang Asli Kampung Sg Jempol dan Perkampungan Orang Asli Bangas Kuala Sentol serta Perkampungan Orang Asli Paya Taman, Chenor.

"Pemberian daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini memberi makna yang sangat besar kerana mereka tidak dipinggirkan dalam menikmati daging korban.

"Sememangnya saudara baharu Orang Asli masih memerlukan sentuhan kasih sayang serta bimbingan saudara seislam kerana masing-masing belum mantap dari segi akidah dan tanggungjawab fardu ain dan kifayah,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Ibadah Korban Perdana anjuran Parlimen Maran di Pekan Tajau di sini.

Beliau berkata, tiada perkara paling menggembirakan keluarga saudara baru Orang Asli kerana dapat merayakan Aidil Adha bersama masyarakat Islam di daerah ini dan berharap program seumpama ini akan dapat diadakan berterusan.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Korban Perdana Umni Bahagian Maran Mohd Rozi Ahmad berkata, sebanyak 108 ekor lembu telah diagihkan kepada 17 agensi kerajaan, kampung tradisional dan rancangan Felda dalam Parlimen Maran.

Menurutnya, sebanyak 88 ekor lembu disumbangkan oleh Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan 20 ekor sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya,  Ahli Parlimen Maran yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib sedang menunaikan ibasah Haji di Mekah tahun ini.

"Program tersebut diadakan sejak 2012 lagi bertujuan membolehkan umat islam dapat mengadakan ibadat korban yang lebih sempurna.Tahun ini korban dilakukan di setiap kampung, tanah rancangan Felda dengan ternakan lembu dibeli daripada penduduk setempat berbanding sebelum ini dibeli melalui pusat ternakan swasta," tambahnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - Masalah sosial dalam kalangan belia Orang Asli kini amat membimbangkan khususnya dalam isu pengambilan minuman keras.
  • KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mahu masyarakat Orang Asli menjadi pemberi maklumat mengenai kegiatan memindahkan kayu balak dan hasil hutan tanpa lesen.
  • JELEBU - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah melaksanakan Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Jelebu di Kampung Ulu Kemin, Kuala Klawang, di sini, baru-baru ini.
  • SEREMBAN - Setiap belia dan beliawanis dari masyarakat Orang Asli boleh menjadi individu yang berjaya jika ada usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
  • MARAN - Masyarakat Asli di daerah ini dinasihatkan supaya tidak lagi hanya berpeluk tubuh dengan mengambil pendekatan tunggu dan lihat semata-mata, sebaliknya mereka perlu berani menyahut seruan dan cabaran untuk menjadi bangsa maju, kental serta berdaya saing.