TIOMAN - Penduduk  Kampung Salang, Pulau Tioman, kecewa apabila longgokan sampah di kampung itu terbiar sejak Ahad lalu.

Keadaan itu memberikan imej buruk kepada kampung yang merupakan antara lokasi menarik dikunjungi pelancong di pulau peranginan terkenal dunia itu.

Penduduk, Mohd Fadhirul Izwan Mat Saridan, 32, berkata, masalah itu memberi kesan kepada penduduk, pengusaha resort dan pengusaha kedai makan.

Menurutnya, reaksi negatif turut diterima daripada pelancong yang berkunjung di kampung itu yang kurang senang dengan longgokan sampah itu selain mencacatkan pemandangan.

“Dulu di sini sampah urus sendiri tapi lepas kutip cukai pintu ada disediakan kemudahan namun jadi begini pula. Mula dari Ahad hingga hari ini (semalam) sampah tak diambil, tambahan pula hujung minggu ramai pelancong, sekarang dah bertimbun, lagi buruk ia di kawasan terbuka dan menyebabkan banyak lalat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Fadhirul berkata, masalah yang sama pernah terjadi sebelum ini tetapi telah diselesaikan namun sekarang ia terjadi semula.

“Saya harap pihak berkenaan dapat jalankan tugas degan betul dan segera bertindak agar masalah ini tak berterusan kerana ia akan memburukkan imej pulau serta Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017),” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Dari jauh ketika memasuki laluan utama Taman Perumahan Bunut Rendang di sini, sudah kelihatan timbunan sampah di sepanjang deretan di tepi jalan ke taman perumahan itu yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk berikutan bau busuk di persekitarannya.
  • PUNCAK ALAM - Tidak sanggup berdepan bau busuk dan pemandangan kotor dipenuhi sampah, penduduk di Jalan berhampiran Tapak Pasar Tani Puncak Alam memohon isu kebersihan diberikan perhatian.
  • BANDARAYA MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terpaksa membawa keluar hampir dua tan sampah setiap minggu dari kawasan tumpuan pelancongan di Pulau Besar untuk dibawa ke daratan.
  • BANDARAYA MELAKA - Tinggal dalam rumah berselerak dengan sampah sudah tentu memberi suasana tidak selesa.
  • SUBANG JAYA - Penduduk di USJ 16 di sini, mengadu tidak selesa dengan kerja-kerja kutipan sampah dilaksanakan di perumahan berkenaan yang didakwa tidak mengikut prosedur pihak berkuasa tempatan (PBT).