JENGKA - Dua kenderaan dan sebuah rumah keluarga peneroka di Felda Jengka 11 di sini, hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.53 petang semalam.

Pemilik rumah, Selamat Khamis,70, dan empat penghuni lain, iaitu isterinya, Rosmiyati Yassir,69, serta anak, Rozima Selamat, 49, dan menantu Azhar Abdullah Sani, 50 serta cucu, Nurul Amani Azhar, tujuh tahun, terselamat dalam kejadian tersebut.

Menurut Azhar, ketika kejadian hanya beliau dan ibu mertuanya berada di dalam rumah dan sebaik menyedari kebakaran berlaku, beliau memapah ibu mertuanya yang uzur untuk menyelamatkan diri.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU TERENGGANU - Bunyi letupan disangka mercun rupa-rupanya memusnahkan rumah pusaka milik keluarga mentua dalam kejadian kebakaran kira-kira 1.30 pagi semalam.
  • TELUK INTAN - Seorang wanita bergegas pulang apabila menyangka rumahnya terbakar selepas melihat kepulan asap datang dari arah kediamannya sekitar jam 10 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.