KUALA ROMPIN – Pusat Operasi Maritim Malaysia Wilayah Timur membantu membawa seorang pesakit dari Pulau Tioman ke Tanjung Gemok bagi mendapatkan rawatan di hospital, hari ini.

Pelayaran ihsan membawa, Norazwa Ab Panar, 43, itu dilaksanakan selepas menerima

faks daripada Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Mangsa yang difahamkan mengalami kesakitan yang kuat pada bahagian kaki kanan perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Rompin dan turut ditemani ahli keluarganya.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee, berkata, pihaknya  menugaskan KM Sebatik untuk membawa mangsa dari Kampung Tekek, Pulau Tioman ke Tanjung Gemuk.

"KM Sebatik tiba di jeti Pos Hadapan Maritim Tanjung Gemuk kira-kira jam 2 petang tadi dan mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, aset-aset Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tidak mengira waktu, sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seumpama itu.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA ROMPIN - Sebuah bot tunda yang menarik tongkang berisi arang batu dalam perjalanan ke Kuantan terkandas di pantai Chedoq, di sini sejak Selasa lalu berikutan cuaca buruk.
  • PASIR PUTEH - Ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang dikhuatiri lemas pada hari kelima hari ini.
  • KEMAMAN - “Lidah saya kelu, kaki pula kaku bila tengok deretan bot fiber di tepi pantai dilambung ombak besar setinggi tiga hingga empat meter,” kata nelayan, Yaacob Budin, 50, yang menyaksikan sebanyak 23 buah bot fiber termasuk sebuah bot miliknya sendiri pecah dan rosak dalam kejadian ribut di pantai Kuala Kemasik.
  • PONTIAN - Penduduk di Taman Sri Pantai, di sini merayu agar pembinaan benteng ombak dilakukan segera berikutan keadaan pesisir pantai berdekatan rumah penduduk semakin terhakis.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.