KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) meluluskan permohonan 1,388 peniaga untuk berniaga di 24 bazar sekitar Kuantan pada bulan Ramadan akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK Datuk Suhaimi Sulongberkata jumlah ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu 1,305 peniaga di 23lokasi.
"Kesemua 24 kawasan bazar Ramadan berkenaan telah dibuka oleh 14 penganjur termasuk MPK yang membuka sembilan kawasan melibatkan 483 peniaga.
"Bazar terbesar yang dibuka ialah di kawasan Mahkota Square yang melibatkan 248 peniaga dan di Padang MPK 2, Jalan Stadium dengan melibatkan 150 peniaga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua peniaga yang terlibat telah diberi taklimat mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi selain turut menyampaikan permit perniagaan kepada peniaga terbabit.
Selain itu katanya MPK turut menyampaikan apron, topi dan alas meja kepada peniaga terbabit sebagai tindakan penyeragaman peniaga.
Beliau turut mengingatkan peniaga yang memperoleh permit kebenaran berniaga itu tidak menyalahgunakan permit dengan memberi permit perniagaan kepada orang lain untuk berniaga, sekiranya dikesan mereka akan disenaraihitamkan. - Bernama
Beliau turut mengingatkan peniaga yang memperoleh permit kebenaran berniaga itu tidak menyalahgunakan permit dengan memberi permit perniagaan kepada orang lain untuk berniaga, sekiranya dikesan mereka akan disenaraihitamkan. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Bakal diisytihar muflis
- Exco muka baru diharap beri khidmat terbaik
- Tabah jaga isteri sakit, anak OKU
- Tembikai terakhir Tok Wan
- Padah dedah tubuh, lima di tahan Jaip
- RM50,000 juara D'Joran
- Kerani diarah bayar ikat jamin RM14,000
- 'Adik rentung bersama kereta kesayangan'
- Peragut tersilap langkah kena cekup
- Pelajar rentung kereta terbakar
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




