KUANTAN - Kakitangan  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang melakukan pemantauan dan tinjauan ke lokasi kejadian pekerja Sabah yang cedera diserang binatang didakwa harimau berhampiran Sungai Rasau, Gebeng di sini, semalam.

Timbalan pengarahnya, Mohd Zaidie Mohamad Zin berkata, pihaknya sedang mengesan kesan tapak kaki, najis atau sebarang petunjuk kehadiran haiwan itu  di kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil pantauan pagi semalam, pihaknya gagal mengesan sebarang jejak kecuali kesan tapak kaki anjing.

"Pemantauan akan terus dilakukan bagi mengesan kehadiran harimau itu sama ada ia wujud atau kemungkinan melibatkan haiwan liar lain,” katanya.

Kelmarin, seorang pekerja tapak lombong bauksit warga Indonesia, Fridio Gelija, 28, mendakwa dia diserang seekor harimau hingga cedera selepas selesai membuang air besar berhampiran Sungai Rasau di sini.

Mangsa yang ketika itu sedang  melakukan rondaan di hutan berhampiran kawasan perindustrian Gebeng, mengalami kecederaan dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDARAYA MELAKA - Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Melaka menjelaskan dakwaan kononnya muncul seekor harimau di salah sebuah kawasan di Kampung Bukit Senggeh, Jasin adalah tidak benar.
  • KUALA KRAI - Penoreh getah sekitar Lepan Anjung,Dabong risau keselamatan mereka terancam setiap kali keluar mencari rezeki di kebun masing-masing berikutan kehadiran harimau, sejak seminggu lalu.
  • DUNGUN - "Terdengar bunyi prak...prak...prak...di belakang rumah dan saya tersentak apabila melihat seekor harimau belang berada di situ," kata suri rumah, Norasjari Aziah Mohd Jamil, 34, masih terkejut dengan insiden yang berlaku di kawasan perumahan Rimbunan Kasih, Rantau Abang, di sini, Ahad lalu.
  • JOHOR BAHRU - Tiada insiden mengenai dua harimau berkeliaran di sekitar Sungai Tiram dan Sungai Dusun, Ulu Tiram, di sini berlaku seperti yang ditularkan di Whatsapp.