MARAN - Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 31, jalan lama Maran-Jerantut, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 15 tahun dari Felda Ulu Jempol itu cedera parah dan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Manakala pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Asraf Azahan Ruzihan, 21, dan penumpang hadapan, Muhammad Sahlan Abdullah Kassim, 16, dari Felda Jengka 7, di sini tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Maran, Mazlan Hassan berkata, ketika  Azahan berhenti di simpang tiga di lokasi kejadian untuk membelok ke kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari arah kanan, melanggar bahagian hadapan kereta dipandunya itu.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal tercampak atas jalan dan mengalami kecederaan parah.

"Mangsa dibawa ke Hospital Jengka oleh bapanya dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di situ," katanya kepada pemberita, di sini.

Mazlan berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik serta permukaan jalan kering.

Katanya, kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELISING - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah lori di jalan raya menghubungkan Selising dan Tok Bok di sini, kelmarin.
  • KEMAMAN - Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum tercampak ke atas jalan dalam kejadian di Jalan Ibok-Seri Bandi berhampiran Bandar Seri Bandi, di sini, hari ini.
  • DUNGUN - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 1, Jalan Pulau Serai-Rajawali, di sini, kelmarin.
  • KUALA KURAU - Seorang bapa tidak menyangka bahawa kemalangan yang berlaku di hadapan sebuah premis memproses kelapa di Jalan Pantai dekat sini, 13 Oktober lalu, meragut nyawa anak perempuannya.
  • JELI - Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya terperosok ke bawah treler berhampiran stesen minyak di Cheduk di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.