BANDAR BERA - Peniaga kedai emas di Triang mengalami kerugian kira-kira RM700,000 apabila disamun oleh lima lelaki bersenjatakan parang panjang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Mansor Samsuddin berkata, suspek dipercayai berbangsa India yang berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 30 tahun.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai masuk melalui bumbung deretan kedai dua tingkat itu dan memecahkan siling sebelum masuk ke ruang rehat tingkat atas kedai mangsa.

"Suspek menunggu mangsa di tingkat atas, dan menahannya dengan mengikat tangan serta menutup mulut mangsa dengan pita pelekat. Mangsa dibawa turun ke bawah, dan meminta mangsa memanggil isterinya yang berada di kaunter untuk ke bahagian belakang.

"Tiga suspek mengawal mangsa, sementara dua suspek mengambil barang kemas milik pelanggan yang dipajak termasuk yang dijual di dalam bilik kebal," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Tampoi, di sini disamun empat lelaki dengan menggunakan senjata api, kelmarin.
  • IPOH - Polis berjaya menumpaskan Geng Tangki dengan menahan dalangnya merupakan etnik Rohingya berusia 27 tahun sekali gus berjaya menyelesaikan tiga kes samun stesen minyak membabitkan kerugian dianggarkan RM3,500 sekitar Mei lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.