MARAN - Seorang pengurus sebuah syarikat lombong bijih besi di Ulu Luit, dekat sini, meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas dipercayai terjatuh dari motosikal ditunggang, kira-kira jam 9.15 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa,  Zakaria Mat Din, 58,  dikatakan kelur dari rumah sendirian dengan menunggang motosikal ke pekan Sri Jaya untuk minum pagi bersama rakan lain.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang dan kurang daripada 200 meter sebelum sampai ke rumah, anak tempatan Luit itu dipercayai terjatuh daripada motosikal ditungganginya.

“Seorang penduduk yang secara kebetulan melalui laluan Maran-Kuantan menjumpai mangsa terbaring dalam semak sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada anak mangsa.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dengan luka kecil  kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Maran, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan akibat serangan jantung dan pihak polis menolak sebarang unsur jenayah,” katanya.

Allahyarham merupakan usahawan disegani dan menjadi kebanggaan penduduk setempat apabila berjaya menerokai operasi perlombongan bijih besi di Luit sejak Disember 2010, melibatkan kawasan seluas 40 hektar.

Operasi lombong itu secara puratanya mengeluarkan sebanyak 2,000 tan hasil sehari yang dihantar ke gudang simpanan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan menggunakan 40 lori sebelum dieksport ke China.

Ia sekali gus menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk terutama golongan muda untuk mencari rezeki dan berbakti di tempat sendiri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAMPIN - Seorang penganggur yang mendakwa boleh mengubati penyakit 'pendamping' dan kemudiannya merogol pesakitnya di sebuah hotel di daerah ini berjaya ditangkap polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pada 16 Ogos lalu.
  • ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) meminta kerajaan negeri sekali lagi mempertimbangkan cadangan supaya tidak menerima duit pajakan RM10,000 yang dibayar kepada Kedah atas pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai.
  • BALING - Umat Islam di seluruh dunia hari ini semakin jauh meninggalkan al-Quran.
  • GUAR CHEMPEDAK - Peningkatan golongan miskin yang didaftarkan di bawah e-Kasih meningkat sepanjang tahun sepanjang pemerintahan Umno di negeri ini.
  • ALOR SETAR - Taktik seorang pemandu lori menyorokkan dadah dalam ruangan khas di bahagian belakang tempat duduk kereta berjaya dikesan polis dalam sekatan jalan raya di Bukit Kayu Hitam, dekat sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.