KUANTAN -  Sebuah kereta jenis BMW E60 yang dipercayai dipandu laju, merempuh sebuah motosikal Yamana 125Z hingga mengakibatkan seorang penghantar surat maut di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tanah Putih-Jalan Wong Ah Jang, Kemunting, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Nazreen Bahari, 24, dari Kampung Jawa, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Tanah Putih-Wong Ah Jang menghala ke Gambang, ketika kejadian.

Katanya, tiba-tiba sebuah kereta BMW yang datang dari arah belakang terus melanggar bahagian belakang motosikal mangsa hingga menyebabkannya tercampak ke hadapan.

“Kereta BMW terlibat dipercayai turut terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar empat kenderaan lain pelbagai jenis yang diletakkan di hadapan sebuah kedai kereta terpakai berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta BWM, Goh Kah Chun, 44, yang berasal dari Indera Mahkota 1, di sini, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana mengalami kecederaan di kepala.

Katanya, Kah Chun yang memandu menghala ke Gambang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah.

Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Seorang warga emas maut dilanggar sebuah lori yang mengundur ketika melakukan kerja pembersihan di tempat letak kenderaan Surau Al-Hidayah, Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.
  • KUALA LIPIS - Dua maut, dua parah dan dua lagi cedera apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah motosikal di kilometer 4 Jalan Sungai Koyan - Kuala Medang di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
  • SEREMBAN - Seorang lelaki terselamat walaupun kenderaan yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Labu Nilai, di sini, semalam.
  • SEREMBAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, di KM269.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, kira-kira 12.40 tengah malam tadi.
  • KOTA BHARU - Salah seorang pelajar tahfiz yang terlibat dalam kemalangan van beramai-ramai pada 7 Ramadan lalu di Kuala Krai masih lagi terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia dan memerlukan pemantauan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.