JENGKA - Peneroka Felda Jengka 1 di sini menyambut baik pengumuman Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengenai Bayaran Hasil Buah Tandan Segar (BTS) yang dijadualkan akan dibayar seminggu sekali, bermula Mei ini.

Ketua Kampung Felda Jengka 1, Mohd Akhir Awang, 61, berkata, berkuatkuasa 1 September 2016 bagi hasil Ogos 2016, Felda telah mengeluarkan arahan kewangan untuk melaksanakan pembayaran sebanyak dua kali sebulan kepada peneroka yang mengurus sendiri ladang tetapi menjual hasil kepada Felda.

Menurutnya, bagaimanapun dari arahan itu, peneroka mendapati ia menyusahkan dan mengelirukan kerana apa yang berlaku hanya sekali bayaran sahaja untuk hasil bagi dua kali pusingan potong buah dalam sebulan.

"Setelah pelbagai usaha dibuat, termasuk aduan dan soal jawab dalam pelbagai program yang Felda anjurkan di tanah rancangan, akhirnya di bawah kepimpinan baharu Felda, Tan Sri Shahrir mendengat keluhan kami. Beliau dah umumkan minggu lepas. Alhamdulillah. Memang itu yang kami harapkan," katanya.

Mohd Akhir bercakap mewakili 485 peneroka Felda Jengka 1 yang menguruskan ladang sendiri trtapi menjual hasil BTS kepada Felda. Sementara itu, 60 peneroka lagi dari Felda tersebut merupakan peneroka di bawah pengurusan Felda Technoplant Sdn Bhd.

Hadir sama, Bendahari Suara Generasi Kedua Felda Pahang, Azahar Jamaludin

Dalam pada itu beliau turut berharap Felda memberikan perhatian segera berkenaan projek perumahan generasi kedua Felda di situ yang sudah terbengkalai sejak tahun 2014.

"Ada lebih kurang 180 unit di sini yang sudah dibina tetapi terbengkalai. Projek-projek tak siap ini bukan sahaja menyakitkan pandangan mata tetapi boleh menjadi lokasi-lokasi tak elok seperti dadah dan sebagainya.

"Saya harap sebagaimana Tan Sri Shahrir memberikan perhatian isu bayaran hasil, begitu juga berkaitan hal rumah generasi kedua. Dah lama generasi ini menunggu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU TERENGGANU - Ketibaan Ramadan tahun ini pastinya tambah bermakna buat 176 peneroka, di sini setelah penantian selama 33 tahun untuk memiliki geran tanah berakhir, kelmarin.
  • GEMAS - Lebih 50 peneroka Felda Jelai 2, di sini, berhimpun di laluan keluar hasil ladang berkenaan sejak jam 7 pagi hingga 2 petang, bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap peningkatan lebih sekali ganda kos operasi per tan hasil sawit mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.