PEKAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Pahang berhampiran Kampung Pulau Injin semalam, diperluaskan sehingga sembilan kilometer dari kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Amran Sidek berkata SAR yang bermula dari 7

pagi tadi melibatkan 94 anggota dan pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), serta penduduk kampung sekitar.

"Keadaan cuaca baik dan arus sungai yang tenang sedikit banyak membantu melancarkan operasi ini yang menggunakan 14 buah bot serta empat penyelam dari unit skuba bomba.

"Operasi turut melibatkan pencarian di kawasan pulau-pulau semulajadi kecil yang terdapat di sepanjang sungai," katanya ketika ditemui Bernama di pusat operasi SAR di sini.

Dalam kejadian 4 petang semalam, Ahmad Shaifullah Abdul Rahman, 33, dari Taman Pelangkah di sini dilaporkan sedang memancing di kawasan itu sebelum bertindak terjun ke sungai bersama seorang lagi rakannya setelah ternampak sepasukan anggota polis.

Mangsa, yang bekerja sebagai pembantu stor gas, dikhuatiri lemas selepas dilihat terkapai-kapai dan tenggelam ketika berada 200 meter dari kawasan tebing sungai manakala rakannya dapat menyelamatkan diri. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Maritim Wilayah Timur memberi bantuan Medevac membawa seorang mangsa lemas di Pulau Tioman untuk dihantar menerima rawatan ke Hospital Rompin, malam kelmarin.
  • BAGAN SERAI - Keghairahan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun menyauk ikan di parit hadapan rumah datuknya bertukar tragedi apabila ditemui mati lemas dalam kejadian di Kampung Parit Ali Kalang, di sini lewat petang kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.