KUANTAN - Tekanan air terlalu tinggi menyebabkan pembetung di laluan utama dekat Kampung Sungai Ular di sini mengalami keretakan serius.

Kerosakan tersebut mengakibatkan permukaan jalan di laluan masuk ke kampung berkenaan mendap dan berlubang sejak setahun lalu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, kerja baik pulih perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kerosakan itu bertambah teruk berikutan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh kini.

Menurutnya, struktur binaan jalan di atas pembetung juga didapati tidak selamat dan berisiko runtuh sekiranya tekanan air sungai semakin tinggi.

“Selepas melakukan tinjauan hasil aduan belia di sini, saya memandang serius perkara ini dan kita telah hantar surat kepada beberapa pihak untuk tindakan segera.

“Untuk jangka panjang, sepatutnya dibina sebuah jambatan baru tetapi untuk sementara bagi mengelak kerosakan teruk pada musim tengkujuh ini, kerja baik pulih perlu dilakukan.

“Berapa peruntukan yang ada, gunalah untuk perbaiki pembetung yang retak kerana ini satu-satunya laluan masuk menghubungkan banyak rumah penduduk,” katanya.

Faiz berkata, laluan tersebut ditenggelami banjir pada 2013 selepas paras sungai melimpahi tebing dan menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Menurutnya, penduduk diharap berhati-hati ketika menggunakan pada musim tengkujuh dan berwaspada jika kerosakan bertambah serius.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 9 malam Jumaat ini hingga 5 pagi.
  • KUALA NERANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan projek membaik pulih bekalan air di Kampung Bendang Baru, Mukim Belimbing Kiri, semalam.
  • GEORGETOWN - Dua belas kawasan sekitar Jalan Permatang Damar Laut akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Sabtu ini berikutan kerja lencongan paip untuk naik taraf jalan di kawasan itu.
  • TANAH MERAH - Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan laluan utama sejauh kira-kira 300 meter di Jalan Jedok di Kampung Kelewek, dekat sini, dinaiki air sejak pagi tadi.
  • BELURAN - Seramai 272 penduduk di Kampung Muanad 1 dan 2 kini boleh menarik nafas lega apabila bekalan air yang terputus sejak 10 hari lepas kini kembali pulih.