KUALA LIPIS - Pejabat tapak pembinaan Hospital Kuala Lipis berdekatan Pahang Club di sini terbakar kira-kira jam 1.45 tengah hari kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Penolong Penguasa Bomba Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan telefon jam 1.56 tengah hari yang memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, enam anggota termasuk seorang pegawai bomba bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah jentera.

“Sebaik tiba di tempat kejadian jam 2.01 petang kita bertindak segera memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran hose reel air dari tangki jentera serta pili bomba.

“Api dapat dikawal pada jam 2.18 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.35 petang. Tiada mangsa terperangkap dalam kejadian itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan kira-kira RM27,000 dan punca kebakaran berkemungkinan daripada pendawaian elektrik namun siasatan lanjut akan dijalankan.

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pekerja untuk memastikan tahap keselamatan pejabat berada dalam keadaaan baik.

“Kita nasihatkan kepada semua pekerja agar dapat memastikan semua suis perkakas elektrik ditutup sebelum meninggalkan pejabat.

“Mereka juga perlu memeriksa peralatan dan penyambungan elektrik secara berjadual serta sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Selain itu, pihak pengurusan digalakkan agar mengadakan latihan kebakaran dan tatacara penggunaan alat padam api,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Perasaan resah seorang pegawai imigresen kanan, sejak seminggu lalu rupanya petanda awal yang diterima sebelum rumah terbabit musnah dalam kebakaran Ahad lalu.
  • KOTA BHARU - Kejadian kebakaran di rumah kayu warga emas, Mohd Ismail Musa, 76, kira-kira jam 6.30 petang semalam menyebabkan dia menggelabah sehingga tidak menjumpai kunci kereta jenis Nissan Sunny yang berada di bahagian tepi rumah turut terbakar.
  • PORT DICKSON - Jumlah kes maut akibat kebakaran di negara ini mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 122 kes dari Januari hingga semalam 17 November 2017 berbanding hanya 80 kes maut sepanjang tahun lalu.
  • JOHOR BAHRU - Empat rumah kedai di persimpangan Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran, pagi tadi.
  • SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Indonesia yang melecur dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, dekat sini, semalam, dilaporkan masih dalam keadaan koma.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.