QINZOU International Trade (KQIT) bakal melancarkan produk air cuka laici pada pada 29 Mac depan sebagai permulaan bagi memasarkan produk dari Qinzou ke Kuantan.

Ia membabitkan kerjasama antara Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (Kospek) Berhad dengan syarikat dari Qinzou, China, iaitu China Guangxi Chen Tuo Technology Co.Ltd.

Air cuka laici adalah sejenis minuman kesihatan yang berkhasiat dan sesuai untuk menurunkan tekanan darah tinggi selain kolesterol dalam badan.

Produk itu pernah di bawa pada tahun 2016 dan mendapat respons positif.

Pengerusi KQIT, Yap Kim Heng berkata, KQIT telah membeli kebun laici seluas 4,000 hektar di Qinzou untuk menghasilkan produk berasaskan laici termasuk air cuka laici.

Hadir sama, Pengerusi Kospek Sn Bhd Zulkifli Abdul Majid dan Pengerusi China Guangxi Chen Tuo Technology Co.Ltd, Chow Chee Keong.

Kim Heng berkata, kerjasama itu akan dijalankan oleh anak syarikat Kospek Berhad iaitu, Kospek Agro Sdn Bud dan ia adalah satu permulaan untuk mengembangkan perniagaan sedia.