KUANTAN - Operasi mencari pemancing yang dikhuatiri lemas di laut selepas terjatuh dari bot empat hari lalu disambung semula pagi ini.

Operasi mencari mangsa, Mohamad Ridhwan Abu Bakar, 26, dari Kampung Kempadang, di sini, melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibantu persatuan nelayan serta Jabatan Unit Amal.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, operasi melibatkan 56 anggota pasukan bantuan menggunakan 12 bot, tiga kapal  dan bantuan helikopter.

Menurutnya, operasi pencarian semalam dimulakan seawal jam 7.20 pagi sebelum ditamatkan jam  6.30 petang melibatkan kawasan pencarian sepanjang pesisiran Pantai  kempadang hingga  ke Pelabuhan Kuantan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Maritim aktifkan SAR cari pemancing hilang di laut]