KUANTAN - Polis menahan 130 penunggang motosikal dan mengeluarkan 89 saman serta menyita 10 motosikal dalam Op Khas Samseng Jalanan di daerah ini, yang diadakan selama lima jam bermula 12 tengah malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata saman itu melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, mempamerkan cukai jalan tamat tempoh, menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, gagal menampal pelekat P dan L serta tiada cermin sisi.

"Pada operasi itu, polis juga menahan seorang remaja lelaki yang tidak lagi bersekolah kerana menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kris yang disyaki dicuri sejak beberapa bulan lalu selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini selepas polis menjumpainya sedang menunggang dalam keadaan berbahaya kerana dipercayai menyertai aktiviti lumba haram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah polis juga terpaksa mengejar suspek sejauh beberapa meter sebelum berjaya menahannya.

Beliau menambah suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan iaitu mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Abdul Aziz berkata operasi itu membabitkan dua pegawai dan 19 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Balai Polis Trafik Kuantan selain dibantu 29 Sukarelawan Polis (PVR).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan dipaksa menjadi pelayan pelanggan, dalam serbuan Ops Noda di dua pusat hiburan sekitar bandaraya ini awal pagi tadi.
  • MANONG - Seorang datuk berusia 61 tahun yang mempunyai 13 cucu antara 11 dicekup dalam serbuan diketuai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Kangsar, di Manong, semalam.
  • MIRI - Siasatan dalaman akan dijalankan untuk mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar wajah (mugshot) suspek dirakam polis dalam satu kes dadah di Kuching, yang tersebar melalui media sosial hari ini.
  • SUNGAI PETANI - Seramai 14 lelaki berusia antara 44 hingga 49 tahun dicekup ketika leka berjudi di belakang sebuah sekolah dekat Tikam Batu, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.