CAMERON HIGHLANDS – “Guna cara terbaik untuk khidmat yang terbaik,” begitulah reaksi spontan bekas Adun Triang, Leong Ngah Ngah, 58, yang memilih laluan getir bertanding di Dun Tanah Rata, Cameron Highlands, atas arahan pucuk pimpinan parti.

Ngah Ngah yang telah lima penggal menjadi wakil rakyat di kawasan Dun Triang berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan lagi menjadi laluan mudah mendapat mandat rakyat.

Beliau juga menyatakan kesetiaan pada parti akur dengan keputusan itu dan sama sekali menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya itu kerana mahu lari dari bertanding di Dun Triang.

“Saya bertanding di Dun Tanah Rata atas arahan pucuk pimpinan parti yang mahu saya berkhidmat di sini.

“Saya adalah ahli parti yang setia dan akur dengan arahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau mengakui faktor orang luar menjadikannya sukar untuk diterima tetapi tetap berusaha memikat hati rakyat di Tanah Rata.

“Disebabkan saya orang luar jadi orang di sini susah nak terima, tetapi saya minta orang tempatan terimalah saya. Saya jujur untuk berkhidmat di sini,” katanya.

Ngah Ngah juga menyatakan hasrat awalnya adalah untuk berpencen dari politik tetapi melupakannya kerana mahu bersama berjuang lakukan perubahan.

“Saya tidak boleh pencen walaupun pada awalnya memang ada niat berbuat begitu, kerana ini adalah masa getir dan saya mesti beri sokongan untuk perubahan,” katanya yang juga Pengerusi DAP Pahang.

Beliau turut menegaskan bahawa akan tinggal di Cameron Highlands jika diberi mandat menjadi wakil rakyat di Dun Tanah Rata.

Selain itu, Ngah Ngah juga percaya Pakatan Rakyat (PR) mampu untuk menang di Pahang namun mengakui tugas berat menanti jika realiti keputusannya adalah gagal.

“Saya percaya kali ini PR boleh tawan Pahang namun tanggungjawab saya berat jika hanya berjaya menang kerusi Tanah Rata tetapi tak dapat tawan negeri,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang penerimaan ahli parti komponen PR yang lain di Tanah Rata, beliau mengakui pada mulanya ada halangan tetapi dapat diselesaikan dan kini fokus dengan misi besar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kerajaan negeri akan melaksanakan kempen kesedaran antibuli bagi mengekang gejala sosial yang semakin membimbangkan kebelakangan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
  • SHAH ALAM - PKR mendakwa setelah empat tahun pasca PRU13, BN masih tidak menepati janjinya untuk merealisasikan segala manifesto yang mereka janjikan.
  • KUALA TERENGGANU - Pembangkang desak kerajaan negeri mengemukakan janji-janji manifesto yang sudah tertunai kepada rakyat termasuk tambahan 18 perkara baharu dalam manifesto PRU13 lalu.
  • KAPAR - Seluruh masyarakat khususnya penduduk Selangor digalakkan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan pemakanan.
  • JERANTUT - Seramai 120 pelajar dari 20 Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Fardhu Ain dan Kifayah (SAR/Kafa) seluruh daerah ini terlibat dalam program Kem Anak Soleh yang diadakan di Lata Lang, Ulu Cheka, bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.