KUANTAN – PKR Cabang Indera Mahkota meminta pencinta alam sekitar memberikan sokongan kepada 15 aktivis yang bakal berhadapan dengan keputusan Mahkamah Sesyen, esok atas dakwaan menyertai perhimpunan haram dan melakukan kekerasan di hadapan Syarikat Lynas Malaysia, Gebeng, tiga tahun lalu,

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, perjuangan mereka bukan bersifat peribadi sebaliknya  untuk seluruh rakyat, di sini.

Katanya, mereka berusaha membantu dan memulihkan, seterusnya mengekalkan  kesejahteraan yang sepatutnya dimiliki warga Kuantan.

“Kita wajar beri sokongan  moral kepada mereka untuk berhadapan dengan keputusan yang bakal diterima nanti.

“Ini kerana selama ini mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran termasuklah ada antara aktivis kehilangan kerja disebabkan perkara ini dan juga tinggal jauh dari Kuantan hinggakan terpaksa berulang-alik sepanjang tempoh perbicaraan.

“Justeru, warga Kuantan seharusnya berterima kasih kepada mereka yang berjuang demi mencari kesejahteraan buat generasi muda akan datang,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, melalui sokongan diberikan, mereka tidak berasakan perjuangan tersebut sia-sia dan PKR Indera Mahkota secara konsisten akan untuk terus bersama mereka membantah operasi kilang nadir bumi yang masih beroperasi di Gebeng itu.

Terdahulu, kesemua aktivis terlibat  dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram dan melakukan kekerasan di hadapan Syarikat Lynas Malaysia, Gebeng pada Jun 2014.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka melakukan kesalahan tersebut antara jam 4 hingga 5.30 petang di Bandaran, Gebeng, menghala ke Syarikat Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Lynas, Amanda Lacaze berbohong kepada warga Kuantan berhubung isu keselamatan rakyat negeri ini.
  • KUANTAN - Adun Semambu kesal dengan keengganan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) berjumpa dengan NGO di daerah ini dan penduduk setempat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.