LURAH BILUT - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut terkena renjatan elektrik ketika berada di rumahnya, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Muhammad Noor Qayyum Noor Asmadi, 17, berada di rumah seorang diri dipercayai cuba menarik wayar elektrik.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati terdapat beberapa lingkaran wayar elektrik yang ditarik sebelum mangsa terkena renjatan.

“Seorang kawannya yang kebetulan berapa tidak jauh dari rumah mangsa terdengar jeritan. Rakannya bergegas ke rumah mangsa dan mendapati remaja itu terbaring di atas tanah,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa dibawa oleh rakannya ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

“Hasil  pemeriksaan luaran ke atas mayat mendapati ada kesan melecur di tangan kiri akibat elektrik dan doktor mengesahkan sebab kematian adalah cardiac arrest secondary to electric shock,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Seorang pelajar tahun empat melecur pada bahagian muka dan hampir separuh badan selepas terkena renjatan elektrik ketika menyeberang landasan keretapi berdekatan stesen komuter Jalan Kastam, Pelabuhan Klang, malam kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.