KUANTAN - Seorang pekerja kedai tayar maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah bas ekspres di KM39 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Cherating di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata Kow Jainn Shyong, 33, dari Bandar Indera Mahkota di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

"Nahas pada 1.10 pagi itu berlaku ketika bas ekspres yang membawa 13 penumpang dan pemandu dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala ke Klang.

"Mangsa yang juga dari arah sama telah merempuh belakang bas itu, yang berhenti seketika sebelum membelok ke kanan untuk menuju ke sebuah restoran di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata semasa kemalangan itu, semua penumpang bas sedang tidur.

Kesemua penumpang dan pemandu, Wan Khairudin Wan Ahmad, 30, tidak cedera.

Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian Kow yang gagal mengawal kereta yang dipandunya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Kaki kiri seorang remaja hancur setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam kelmarin.
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.
  • BATU KIKIR - Seorang lelaki maut apabila motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri bahu jalan.
  • KEMAMAN - "Dah sebulan pakcik rasa tak sedap hati. Tapi tak sangka pula ia petanda anak akan dijemput ALLAH," Luah warga emas, Ngah @ Choh Mohamad, 74, bapa kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi, Md Sendee @ Zalani, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.