GOPENG – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan  di Kilometer 24.8, Jalan Ipoh–Kuala Lumpur berhampiran Gunung Panjang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, Soo Pooi Min, 32, yang berasal dari Taman Golden Dragon, Kampar maut akibat tersepit.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang memandu kenderaan sendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum hilang kawalan.

“Lelaki berusia 57 tahun yang memandu pacuan berkenaan dalam perjalanan dari Kampar tidak sempat mengelak selepas mangsa memasuki ke laluannya lalu melanggar sisi kiri kenderaan mangsa sebelum terbalik.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Khidmat bomba dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kampar untuk bedah siasat. Tiada tangkapan dibuat namun, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LAHAD DATU - Seorang warga emas maut dan empat lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki bertembung kereta lain di Kilometer 45 Jalan Lahad Datu-Tungku dekat sini, petang semalam.
  • KLANG - Seorang warga emas maut dilanggar sebuah lori yang mengundur ketika melakukan kerja pembersihan di tempat letak kenderaan Surau Al-Hidayah, Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.
  • KUALA LIPIS - Dua maut, dua parah dan dua lagi cedera apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah motosikal di kilometer 4 Jalan Sungai Koyan - Kuala Medang di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
  • SEREMBAN - Seorang lelaki terselamat walaupun kenderaan yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Labu Nilai, di sini, semalam.
  • SEREMBAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, di KM269.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, kira-kira 12.40 tengah malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.