SEREMBAN - Orang ramai berpeluang mendapat daging termasuk daging rusa pada harga istimewa di program Mantai Perdana Aidilfitri 2013 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang akan diadakan di bekas tapak Kem Paroi di sini selama dua hari mulai Selasa ini.

Pengarah JPVNS, Dr Azman Shah Abd Manaf berkata semasa program itu, daging akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga di pasaran.

Turut disediakan ialah gerai menjual daging salai serta sayuran dan rempah ratus.

"Kita telah bersetuju untuk menetapkan harga yang akan dijual iaitu daging lembu pejal biasa, tulang, organ dalaman dan daging batang pinang pada RM20 sekilogram, daging pejal kambing (RM30 sekilogram), daging kerbau pejal biasa dan daging batang pinang (RM23 sekilogram), tulang dan organ dalaman (RM20 sekilogram) manakala daging rusa RM50 sekilogram.

"Ayam daging RM7.50 sekilogram (ikut penetapan siling kementerian), ayam telur (RM7 seekor), ayam kampung (RM15 sekilogram), ayam kampong salai (RM22 seekor), itik salai (RM35 seekor), puyuh (RM2.50 seekor), daging salai (RM48 sekilogram) dan lemang (RM9 sebatang)," katnya kepada Bernama.

Beliau berkata JPVNS menyediakan ternakan untuk disembelih iaitu lembu sebanyak 200 ekor, kerbau (20 ekor), kambing (40 ekor), rusa (25 ekor), ayam daging (3,000 ekor), ayam telur takai (1,000 ekor), puyuh (1,000 ekor), itik (300 ekor), ayam telur salai (1,000 ekor), ayam kampung salai (1,000 ekor) dan daging salai (100 kilogram). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - NGO diharap dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat daripada kerajaan dengan memberikan penerangan kepada rakyat.
  • PAPAR - Impian 70 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanaki di sini mengikuti pembelajaran di bangunan sekolah baharu bakal menjadi kenyataan apabila pembinaan dua bangunan baharu yang lengkap dengan enam bilik darjah bakal siap pada Disember ini.
  • SUNGAI PETANI - Hasrat seorang budak lelaki yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menaiki kereta mewah BMW berwarna putih ditunaikan Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd hari ini.
  • BAGAN SERAI - Penahanan tiga lelaki warga Indonesia dan penemuan pelbagai peralatan kegiatan pecah rumah di dalam sebuah kereta di Jalan Perwira, Taman Bagan Serai di sini awal pagi tadi membolehkan polis menumpaskan sebuah sindiket pecah rumah sarang bulut walit sekitar Kerian.
  • BELURAN - Seramai 272 penduduk di Kampung Muanad 1 dan 2 kini boleh menarik nafas lega apabila bekalan air yang terputus sejak 10 hari lepas kini kembali pulih.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.