KUANTAN – Sekumpulan mangsa gores menyerbu syarikat berkenaan kerana mahu menuntut hak mereka selepas menyedari bahawa ditipu dalam peraduan yang dikenakan kepada pelanggannya.

Kesemua lapan mangsa berkenaan mendakwa dijanjikan dengan sebuah kereta Camry dan diminta hadir ke pejabat sebelum dikenakan bayaran tetapi mereka hanya menerima peralatan rumah yang jauh rendah harganya daripada bayaran yang dikenakan.

Seorang mangsa, Zaidi (bukan nama sebenar) berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan tertipu dengan cara itu dan seolah-olah terpukau sehingga sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM5,000 untuk membuat pembayaran.

“Mereka sebenarnya meminta sebanyak RM8,900 tetapi saya tidak mempunyai wang sebanyak itu tetapi sanggup mengeluarkan RM5,000 kerana dikatakan untuk pembayaran insurans dan cukai jalan.

“Saya rasa seperti terpukau dan bersetuju mengeluarkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan sebuah kereta yang ditawarkan,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Zahira (bukan nama sebenar) juga kesal kerana kakitangan syarikat itu mengoyakkan dokumen yang ditunjukkan selepas mahu berbincang mengenai perkara itu.

Katanya, dia menyedari tertipu selepas semua urusan selesai dan membuat bayaran lebih RM9,000 kepada seorang kakitangan di situ.

“Kami mahu menuntut hak kami selepas merasakan ada penipuan dalam syarikat ini tetapi mereka tidak boleh menyelesaikan masalah itu hari ini,” katanya.

Semua mangsa yang membuat tuntutan berada di syarikat itu kira-kira dua jam bagi menuntut hak mereka tetapi hanya berputih mata kerana kakitangan berkenaan mendakwa ketua mereka masih di luar negara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menyokong penuh cadangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) supaya kerajaan mewujudkan Institut Rukun Negara bagi membina jati diri generasi muda.
  • KUANTAN - Seorang pensyarah, di sini terpaksa melupakan hasratnya untuk bercuti ke Machester United apabila ditipu dalam urusan pembelian tiket penerbangan tambang murah sehingga membabitkan kerugian RM10,500 awal bulan ini.
  • KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat mencemar duli menyempurnakan perasmian Wacana Diraja : Raja, Perlembagaan dan Patriotisme, di sini, hari ini.
  • KUANTAN - Seorang pemilik bas, hari ini dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM11,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahad lalu.
  • KUANTAN - Polis negeri ini menahan seorang ejen bola sepak palsu yang dipercayai memperdaya seorang warga asing dari Uganda untuk mewakili pasukan bola sepak di negeri ini.