KUALA ROMPIN - Jumlah mangsa banjir di Kampung Setajam dan Pianggu yang dipindahkan setakat jam 12 tengahari tadi mencatatkan penurunan selepas sebuah pusat pemindahan telah ditutup.

Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga di Dewan Datuk Seri Hasan Arifin Kampung Pianggu telah dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di sana beransur pulih.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Rompin, Mohd Normi Mat Noh, berkata, jumlah mangsa terkini berbaki seramai 162 orang daripada 45 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam.

"Kita jangkakan sekiranya cuaca baik pada hari ini kesemua mangsa akan dibenarkan pulang selewatnya pada petang ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan susulan hujan lebat tidak berhenti dari pagi semalam hingga malam ditambah dengan paras air pasang tinggi Rabu lalu, beberapa kawasan di Kampung Setajam dan Pianggu, di sini, telah dinaiki air.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam mencatatkan jumlah mangsa paling ramai 150 orang daripada 43 keluarga manakala seramai 50 orang daripada 16 keluarga di Dewan Datuk Seri Hasan Kampung Pianggu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Fokus operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa banjir lumpur di ladang kelapa Sawit Sen Fu Sdn Bhd, Tongod di daerah Kinabatangan, yang masih hilang hari ini ditumpukan di kawasan sekitar Sungai Pinangah.
  • SANDAKAN - Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur akibat kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Kinabatangan Sabtu lepas, ditemukan di dua lokasi berasingan di Tongod.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.